PEMADAM Perak melalui PEMADAM Daerah Kinta akan menganjurkan
program PESTA CAHAYA DEEPAVALLI & KESEJAHTERAAN RAKYAT KINTA bagi menyambut
Deepavalli dengan masyarakat setempat dari Daerah Kinta. Seramai 1,000 orang dari
berbagai kaum dijangka hadir ke majlis ini.
Majlis ini dianjurkan dengan kerjasama Ipoh City Watch (ICW,
sebuah NGO yang terlibat dengan aktif dalam mempromosikan Bandar raya Ipoh
sebagai Bandar raya pilihan di Malaysia), Rukun Tetangga Jelapang, AADK, PDRM,
Jabatan Kesihatan Negeri, Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, SWCorp Perak,
Pertubuhan Pembangunan Insan Sikh Perak, Kelab Sukan dan Rekreasi Jelapang, Open
University Malaysia dan Pantai Hospital.
YB Dato’ Hj. Samsudin Bin Hj. Abu Hassan, yang juga Pengerusi
PEMADAM Perak merangkap ahli Exco yang menjaga portfolio NGO, akan hadir
merasmikan program ini yang akan dilangsungkan pada 22 November 2015 bermual
jam 2ptg di Dewan Orang Ramai Jelapang.
Antara pengisian menarik termasuk
ceramah pencegahan jenayah oleh ACP Suresh Kumar, Timbalan Ketua Jabatan
Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, PDRM Perak, ceramah Kekerasan
Rumahtangga oleh Puan Halid Ali, Pengerusi Perak Women for Women dan taklimat Pelan
Tindakan Strategik PEMADAM oleh Prof.Madya Dr. Richard Ng, Naib Pengerusi
PEMADAM Perak merangkap Presidenf Ipoh City Watch.
Para peserta yang hadir akan berpeluang
menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma termasuk pemeriksaan mata, kencing
manis dan tekanan darah oleh Hospital Besar Raja Perempuan Bainun
Participants. Peserta juga boleh
menjalani pemeriksaan kesihatan percuma yang turut disediakan oleh Hospital
Pantai. Juga terdapat pamiran oleh pihak AADK, PDRM, OUM, PPIS, dan ICW. Peserta
juga berpeluang untuk belajar cara penkomposan baja oleh SWCorp Perak.
Seratus orang kanak-kanak bawah umur 12
tahun yang berdaftar akan mendapat duit Deepavalli. Pihat Yayasan Bina Upaya
juga akan menyumbang sebanyak 100 kotak barangan keperluan harian kepada warga
emas miskin dan ibu tunggal pilihan. Turut disediakan adalah cabutan bertuah
untuk 20 peserta bertuah.
Semua warga Perak dari daerah Kinta
khasnya dan para media dijemput hadir.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment