Showing posts with label Daerah Kinta. Show all posts
Showing posts with label Daerah Kinta. Show all posts

Monday, November 23, 2015

500 Masyarakat Berbilang Kaum Meriahkan Pesta Cahaya Deepavali - Perak Today

22 November 2015


IPOH: Lebih 500 masyarakat berbilang kaum dari sekitar Daerah Kinta telah memeriahkan program ‘Pesta Cahaya Deepavali’ dan Kesejahteraan Rakyat yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Jelapang, di sini, petang tadi.
Program yang dianjurkan oleh Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dengan sokongan Kerajaan Negeri Perak serta agensi-agensi kerajaan bertujuan untuk meraikan masyarakat India yang beragama Hindu.

Menurut Naib Pengerusi PEMADAM Perak, Profesor Madya Dr. Richard Ng, antara tujuan lain program itu adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang keselamatan.
“Program ini adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya komuniti mengambil tindakan pencegahan jenayah,” katanya.

Turut hadir sama, Pegawai Daerah Kinta, Tarmidzi Abu Hassan yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembanguna Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil, Datuk Samsudin Abu Hassan.
Program berkenaan turut diserikan dengan ekspo yang diadakan oleh agensi-agensi kerajaan seperti Agensi anti-Dadah Kebangsaan (ADK), Open University Malaysia (OUM), dan Hospital Pantai Ipoh.
Disamping itu, seramai 100 orang kanak-kanak bawah umur 12 tahun turut diraikan dengan pemberian sumbangan duit raya.
Seramai 100 orang warga emas dan ibu tunggal miskin juga tidak terkecuali daripada menerima bantuan berbentuk barangan makanan sumbangan Ipoh City Watch dan Rukun Tetangga Jelapang.

Monday, November 16, 2015

PESTA CAHAYA DEEPAVALLI & KESEJAHTERAAN RAKYAT DAERAH KINTA - 22 November 2015 jam 2ptg

16 November 2015



PEMADAM Perak melalui PEMADAM Daerah Kinta akan menganjurkan program PESTA CAHAYA DEEPAVALLI & KESEJAHTERAAN RAKYAT KINTA bagi menyambut Deepavalli dengan masyarakat setempat dari Daerah Kinta. Seramai 1,000 orang dari berbagai kaum dijangka hadir ke majlis ini.

Majlis ini dianjurkan dengan kerjasama Ipoh City Watch (ICW, sebuah NGO yang terlibat dengan aktif dalam mempromosikan Bandar raya Ipoh sebagai Bandar raya pilihan di Malaysia), Rukun Tetangga Jelapang, AADK, PDRM, Jabatan Kesihatan Negeri, Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, SWCorp Perak, Pertubuhan Pembangunan Insan Sikh Perak, Kelab Sukan dan Rekreasi Jelapang, Open University Malaysia dan Pantai Hospital.

YB Dato’ Hj. Samsudin Bin Hj. Abu Hassan, yang juga Pengerusi PEMADAM Perak merangkap ahli Exco yang menjaga portfolio NGO, akan hadir merasmikan program ini yang akan dilangsungkan pada 22 November 2015 bermual jam 2ptg di Dewan Orang Ramai Jelapang.

Antara pengisian menarik termasuk ceramah pencegahan jenayah oleh ACP Suresh Kumar, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, PDRM Perak, ceramah Kekerasan Rumahtangga oleh Puan Halid Ali, Pengerusi Perak Women for Women dan taklimat Pelan Tindakan Strategik PEMADAM oleh Prof.Madya Dr. Richard Ng, Naib Pengerusi PEMADAM Perak merangkap Presidenf Ipoh City Watch.

Para peserta yang hadir akan berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma termasuk pemeriksaan mata, kencing manis dan tekanan darah oleh Hospital Besar Raja Perempuan Bainun
Participants. Peserta juga boleh menjalani pemeriksaan kesihatan percuma yang turut disediakan oleh Hospital Pantai. Juga terdapat pamiran oleh pihak AADK, PDRM, OUM, PPIS, dan ICW. Peserta juga berpeluang untuk belajar cara penkomposan baja oleh SWCorp Perak.

Seratus orang kanak-kanak bawah umur 12 tahun yang berdaftar akan mendapat duit Deepavalli. Pihat Yayasan Bina Upaya juga akan menyumbang sebanyak 100 kotak barangan keperluan harian kepada warga emas miskin dan ibu tunggal pilihan. Turut disediakan adalah cabutan bertuah untuk 20 peserta bertuah.

Semua warga Perak dari daerah Kinta khasnya dan para media dijemput hadir.


Terima kasih.