Showing posts with label Pelan Tindakan Strategik. Show all posts
Showing posts with label Pelan Tindakan Strategik. Show all posts

Wednesday, November 11, 2015

Pemadam presents 5-year plan for drug-free KL - The Malaysian Insider

BY RAYMUND WONG
Published: 28 July 2015 5:49 PM

Kuala Lumpur Mayor Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz launch Pemadam's strategic plan to eradicate drugs in the city today. – The Malaysian Insider pic by Raymund Wong, July 28, 2015.
Kuala Lumpur Mayor Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz launch Pemadam's strategic plan to eradicate drugs in the city today. 

The mayor today launched Malaysian Drug Prevention Association's (Pemadam) five-year strategic plan to overcome drug abuse in Kuala Lumpur.
A part of the plan is focused on increasing the quality and efficiency of Pemadam’s services.
Mayor Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz said special attention would be given to “black” areas, primarily in public low-cost housing schemes.
“Pemadam needs to provide these areas with holistic programmes so we can overcome the problem," he said.
Amin said programmes such as Pemadam’s Kuala Lumpur Football League 2015, which was also launched today, were important in community building and the fight against drugs.
"Together with Pemadam, we will carry on the effort to make Kuala Lumpur a drug-free city by 2020.”
He said heroin, marijuana and syabu were the predominant drugs confiscated in the first four months of the year.
Amin said although the number of people caught using drugs was not high, City Hall and Pemadam needed to continue to advance in the fight against drugs.
“In 39 years, Pemadam has been successful in spreading awareness of the negative impacts of drug abuse.
“Last year, the police narcotics department caught 174,427 drug offenders,” he said.
However, Amin said, for every drug user caught, there were four more out there, according to the United Nations Office on Drugs and Crime.
"I was informed by the Bukit Aman Narcotics Investigation Department last year, 19,425 were caught for drug-related crimes in a city of 1,814,700 people. This means that only 1.2% of Kuala Lumpur residents are involved in drug-related crimes," he said.

Wednesday, June 17, 2015

PEMADAM's 5-Year Strategic Action Plan - Ipoh Echo

1 March 2015 by Vhyshnawi



In its fight against the evils of drugs abuse, PEMADAM (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia) Perak has drawn up a five-year strategic plan (2015-2020).
The plan was officially launched by Menteri Besar Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir at the Banquet Hall of the State Secretariat, Ipoh recently.
Present at the launch were Datuk Johari Baharom, President of PEMADAM Malaysia and Dato’ Samsuddin Abu Hassan, President of PEMADAM Perak.
Zambry once again reiterated that the drug menace should be taken seriously and handled with care.
Besides village heads, it is the duty and responsibility of everyone within the community, parents and neighbours notwithstanding, to play an active role in assisting the anti-drug agencies in combating the scourge.
“Drug abuse cannot be eliminated without the cooperation of all parties, including agencies such as the Police and the Customs as well as non-governmental organisations,” he said.
The implementation of the five-year strategic action plan, said Zambry, was at the right time as the state government had just declared an all-out war against drug abuse and use.

Thursday, February 12, 2015

YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abd kadir mahu kepimpinan negeri serius perangi dadah - Perak News

11 Feb 2015


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mahu kepimpinan negeri serius dalam memerangi permasalahan dadah dengan mengatur gerak kerja yang lebih efektif bagi mencapai matlamat Perak bebas dari ancaman musuh nombor satu negara itu.
Dr Zambry berkata, selaku penaung PEMADAM Negeri Perak, beliau tidak mahu sekadar hadir untuk mempengerusikan mesyuarat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dengan mendengar statistik berkaitan penangkapan penagih, tetapi mahu idea tentang bagaimana usaha serius dibuat bagi membanteras gejala dadah.



"Saya tidak datang untuk mempengerusikan mesyuarat ini hanya semata-mata kerana di dalam Perlembagaan AADK memerlukan Menteri Besar mempengerusikan mesyuarat.
"Tetapi saya hendak mendengar apa yang kita buat dan bagaimana hendak menyelesaikan masalah dadah ini," tegasnya semasa berucap melancarkan Pelan Tindakan Strategik Pemadam Negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Khamis.


Hadir sama Yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan, Datuk Johari Baharom dan Pengerusi PEMADAM Negeri Perak, Datuk Samsuddin Abu Hassan.
Menurut Dr Zambry, beliau telah berkali-kali menyebut bahawa ancaman dadah perlu ditangani secara serius dan bersepadu.
Katanya, selain ketua-ketua kampung, segenap lapisan masyarakat, anggota komuniti, ibubapa dan jiran tetangga perlu memainkan peranan secara aktif bagi membantu agensi-agensi berkenaan dalam membanteras ancaman dadah.


Beliau berkata, gejala dadah adalah sukar dihapuskan tanpa kerjasama semua pihak, baik dari pihak agensi seperti PDRM dan AADK mahupun badan bukan kerajaan (NGO).
Menurutnya, penumpuan haruslah diberikan kepada pencapaian sasaran berdasarkan penanda aras utama (KPI) yang telah dibangunkan.


Beliau amat berbangga kerana Perak menjadi negeri pertama yang mengambil insiatif mengemukakan cadangan komprehensif melalui Pelan Tindakan Strategik serta mendapat pengiktirafan oleh Pemadam Kebangsaan.
Katanya, penghasilan pelan tindakan strategik ini amat tepat pada masanya pada ketika kerajaan negeri telah mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap ancaman dadah.

YAB Menteri Besar Perak Dato Seri DiRaja Dr. Zambry Abd kadir sempurnakan Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Strategik PEMADAM Perak 2015 - 2020


Tanggal 11 Feb 2015 merupakan hari bersejarah buat PEMADAM Perak apabila YAB Menteri Besar Perak Dato Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir dengan rasminya melancarkan Pelan Tindakan Strategik PEMADAM Perak 2015 - 2020 di Dewan Bankuet, Banguan SUK, Ipoh, Perak sambil disakasikan lebih 1,300 orang penjawat awam dan orang ramai termasuk pelajar dan ahli NGO.


Dalam ucapan aluannya Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil (NGO) merangkap Pengerusi PEMADAM Perak, YB Dato' Samsudin Abu Hassan berkata, sebanyak 5,808 kes penyalahgunaan dadah telah direkodkan sepanjang bulan Januari hingga Ogos tahun lepas oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan Perak dan angka ini dilihat sebagai satu perkara yang amat membimbangkan.


Daripada jumlah itu sebanyak 42 peratus adalah golongan belia yang berumur 30 tahun dan ke bawah. Menurut beliau, angka itu melibatkan sebanyak 2435 kes dan ianya perlu ditangani segera, dengan memberikan tumpuan kepada mereka yang belum lagi terjebak dengan najis utama negara ini.
"Usaha bersepadu harus digembeling tanpa mengira pangkat, agama atau bangsa kerana asalkan kita merupakan salah seorang daripada ahli masyarakat, maka setiap daripada kita, bertanggungjawab untuk membanteras gejala dadah ini," katanya.

Turut hadir berucap dan menyaksikan sejarah majlis ini YB Dato' Wira Johari Bin Baharom, Yang DiPertua PEMADAM Kebangsaan.






























Thursday, December 18, 2014

Perak Rangka Pelan Strategik Lima Tahun Perangi Dadah - Perak News

Oct 1, 2014


Dalam usaha untuk memerangi dadah sehingga ke peringkat akar umbi, Perak merangka pelan strategik lima tahun, 2015 – 2020, dengan memberi tumpuan kepada enam strategi utama.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil, Datuk Samsudin Abu Hassan, enam strategi utama itu ialah pekerja bebas dadah, pelajar bebas dadah, keluarga bebas dadah, komuniti bebas dadah, pemutihan kawasan hotspot dan pembenterasan dadah di peringkat mukim.

Beliau yang juga Pengerusi Pemadam Negeri Perak berkata, pelan strategik itu akan diguna pakai bersama oleh semua agensi penguatkuasaan dan pencegahan seperti AADK, PDRM dan jabatan-jabatan lain yang berkaitan.
"Pelan ini akan dijadikan asas untuk kita bergerak dari setahun ke setahun, dari masa ke semasa, mengikut perancangan yang ditentukan dan akhirnya matlamat kita Perak bebas dadah menjelang 2020," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Peraknews selepas sesi taklimat Bengkel 'Brainstorming' Pelan Strategik Pemadam 2015 – 2020 di Hotel Kinta Riverfront di Ipoh pada Rabu.

Bengkel dua hari itu yang bermula hari ini mengumpulkan semua kumpulan komuniti yang boleh memberi pandangan dan idea yang boleh dijadikan asas pembentukan Pelan Tindakan Strategik 2015 – 2020.
Setiap kumpulan akan menyedia dan membentangkan hasil dapatan masing-masing di samping menyediakan Pelan Strategik Lima Tahun dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) masing-masing.
Samsudin berkata, pelan itu sangat penting supaya tidak menjejaskan misi menjadikan Perak Bebas Dadah, Negeri Perak Amanjaya seperti yang digariskan oleh kepimpinan negeri.
Sambil mengakui amanah yang diberikan itu sangat berat, beliau berkata, apa yang paling penting ialah kerjasama semua pihak, tanpa mengira fahaman politik dan kepercayaan agama.
Menurut beliau, bagi menjayakan lagi pelan strategik yang akan dibentuk itu, pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan bajet tambahan mulai tahun hadapan supaya soal kewangan tidak menjadi penghalang kepada usaha memerangi dadah sehingga ke peringkat akar umbi.
"Kita tidak mahu, dalam niat yang begitu besar, isytihar perangi dadah, tetapi kita tidak mempunyai mekanisma yang mantap, kita tidak mempunyai kerjasama yang baik dan kita tidak mempunyai hubungan yang baik dengan pelbagai pihak.
"Mudah-mudahan dalam bajet 2015 ini, kita dapat sedikit tambahan untuk kita laksanakan program-program, khusus di kawasan yang kita kenalpasti begitu serius, terutamanya kawasan pesisir pantai yang menjadi hotspot," tambah beliau.

Enam strategi Perak untuk basmi dadah - Astro Awani

Oct 1, 2014

Selepas mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap dadah, Perak merangka pelan strategik 5 tahun bagi membenteras penyalahgunaan dadah sehingga ke peringkat akar umbi.