17 Disember 2014
IPOH – Polis berjaya menahan dua lelaki yang memiliki dadah jenis ketamin dan eramin 5 dalam satu operasi khas sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Greentown di sini, kelmarin.
Operasi kira-kira jam 1 pagi, berjaya menahan suspek berusia 55 dan 26 tahun yang menyewa sebuah banglo mewah untuk mengaburi kegiatan mereka.
Pegawai Turus Operasi, Deputi Superintendan Abdul Latiff Mehad berkata, serbuan dibuat berdasarkan maklumat orang awam berhubung kegiatan penyalahgunaan dadah yang dijalankannya.
Menurutnya, ketika serbuan suspek bertindak menyembunyikan dadah dalam bekas bungkusan coklat dalam salah sebuah bilik di banglo berkenaan.
“Hasil pemeriksaan menemui 21 peket plastik dadah Ketamine seberat 870.0 gram. Pemeriksaan ke atas kereta Proton Saga dibahagian belakang rumah menjumpai satu bungkusan plastik mengandungi satu peket plastik dadah Ketamine seberat 16.0 gram.
“Sebanyak 10 keping foil tiap satu berisi 10 biji pil Eramin 5 seberat 28.0 gram dijumpai dari dalam ruang bawah brek tangan kereta itu,” katanya.
Abdul Latiff berkata, hasil ujian air kencing mendapati suspek kedua-duanya positif Methamphetamine.
“Soal siasat yang dijalankan mendapati suspek memperoleh bekalan dadah dari Kuala Lumpur. Suspek yang kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk tindakan lanjut.
“Kita turut merampas sebuah kereta Naza Citra dan wang tunai bernilai RM3,100 dengan anggaran keseluruhan rampasan hampir RM45,000,” katanya.
Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.