Masalah memerangi penyalahgunaan najis dadah di negeri Perak adalah perkara terbaru yang mendapat perhatian serius Menteri Besar Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir sejak kebelakangan ini—ia selepas isu pencurian pasir secara bersendiket dan masalah denggi.
Ini tidak bererti masalah dadah –dianggap musuh nombor satu--serta penyalahgunaannya di negeri ini sebelum ini diletak sebagai perkara yang bertaraf kelas kedua.
Cuma cara menanganinya tidak dibuat secara “consolidated” yang membabitkan kerjasama kerajaan negeri. Kali ini kita menyaksikan penglibatan pihak negeri melalui arahan terbaru Menteri Besar.
Tidak boleh dinafikan Perak serius membenteras gejala ini apabila MB dalam sidang DUN 26 Ogos lalu mengistiharkan “perang” terhadap gejala dadah.
Beliau nyata bimbang gejala dadah sudah merebak hingga semua daerah termasuk ke kawasannya. "Ini memberikan kesan yang sangat serius termasuk juga di kawasan saya di kawasan Pulau Pangkor, kawasan Hilir Perak, Pantai Remis, Kuala Kuala Sepetang, kawasan Kuala Kurau dan Tanjung Piandang,"
Beliau kemudian terpanggil mengungkap: Kita menggesa semua agensi kerajaan negeri yang terbabit seperti AADK, PDRM, badan-badan beruniform, sukarela, pertubuhan agama dan seluruh anggota masyarakat supaya turut sama secara aktif dalam memerangi anti dadah.
''Dalam konteks ini peranan kerajaan, agensi terbabit, ibu bapa dan seluruh masyarakat adalah terkait sama supaya pendekatan inklusif dan holistik yang kita guna pakai mampu memberi kesan yang positif dalam memerangi gejala dadah ini,'' katanya.
Kerajaan negeri katanya mengambil pendirian yang amat serius dan tegas dalam menangani gejala anti dadah ini dan sebagai bukti kesungguhan ini satu jawatankuasa mencegah dadah negeri Perak telah dibentuk. Ia dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil, Datuk Shamsuddin Abu Hassan. Tugas jawatankuasa ini untuk membentaras gejala dadah hingga ke peringkat akar umbi.
''Saya berharap juga penubuhan jawatankuasa ini akan merentasi batas politik.'' katanya.
Sebelum ini masalah memerangi dadah ditangani sama ada oleh agensi AADK atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan ataupun satu lagi NGO iaitu Pemadam. Pihak polis seperti biasa terlibat.
PDRM melalui Bahagian Narkotiknya begitu aktif memerangi penyalahgunaan dadah khusus membabitkan pengedaran dadah dalam negara dan merentasi sempadan.
Untuk rekod peranan PDRM penting dengan dibantu kelengkapan logistic, kenderaan, “lock up”serta termasuk alat-alat komunkasi dan risikan. Kalau tidak masakan hampir setiap minggu media menyiarkan penangkapan pengedar serta merampas dadah-dadah yang mana nilainya ratusan juta ringgit.
Namun walaupun terdapat pelbagai agensi ada kelompongan sehingga masalah dadah terus menjadi masalah nombor satu negara. Baru-baru ini Menteri Dalam Negeri Dato Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan sedang mengkaji semula usaha memerangi penyalahgunaan dadah yang dianggapnya semakin membimbangkan.
Kerajaan katanya merancang untuk merangka penubuhan agensi anti dadah pusat ala-ala Agensi Penguatkuasaan Dadah (DEA) Amerika Syarikat.
Kita tak tahu negeri lain tapi di Perak, usaha kerajaan digerakkan oleh Menteri Besar melalui sokongan dan dokongan jentera kerajaan. Dengan itu dapat dilihat usahanya di Perak diberi perspektif baru.
Telah beberapa kali sejak awal tahun ini Menteri Besar bercakap mengenai peri penting najis dadah dihapuskan sama sekali. Beberapa bulan lalu isu dadah ditimbulkan begitu juga semasa DUN Perak bersidang baru-baru ini.
Katanya kerajaan negeri amat serius dalam menangani permasalahan itu agar kegiatan pengedaran dadah di negeri ini dapat terus dibendung daripada bermaharaja lela
Ketika mengulas lanjut, Menteri Besar secara pribadi kurang yakin masalah ini bakal menjadi sifar tahun depan. Dengan lain erti beliau tidak nampak masalah dadah boleh selesai 100% tahun 2015 (kempen sifar dadah peringkat kebangsaan tahun depan).
Lebih trajik kesungguhan usaha kerajaan negeri memerangi najis dadah khusus melibatkan kalangan belia barangkali boleh menyebabkan tokoh atau kerajaan menjadi tidak popular.
Sebelum ini iaitu pada 16 Julai, Dr.Zambry berkata beliau sanggup menghadapi risiko politik termasuk kehilangan sokongan di kawasannya daripada membiarkan generasi muda di negeri ini terperangkap dalam penagihan dadah yang keterlaluan.
Lebih penting katanya ialah usaha serius kerajaan negeri untuk menjadikan negeri ini sifar daripada kegiatan penyalahgunaan dadah meskipun ada pihak menyatakan amat sukar untuk melakukannya.
``Tidak apalah, saya lebih rela kalah dalam pilihan raya daripada saya membiarkan anak-anak kita terperangkap dalam penagihan dadah yang keterlaluan ini.
``Mereka itu adalah anak-anak kita, adik-beradik kita, saudara kita dan anak negeri Perak yang perlu kita selamatkan demi masa depan mereka tanpa mengira siapa mereka, latar belakang mereka Melayu, Cina atau India,'' katanya.
Menjawab soalan ini lebih serius, Dr Zambry berkata tidak ada guna menjadi ahli politik dan mempunyai populariti sebagai seorang Menteri Besar, ahli Exco dan ADUN tetapi membiarkan masyarakat dan generasi muda terjerumus ke dalam jurang kebinasaan iaitu penagihan dadah.
Masalah dadah bukan hanya melibatkan penagihan tetapi ia juga melibatkan satu industri yang terancang yang dilakukan daripada kalangan di dalam pasaran gelap dan mereka yang digeruni orang iaitu gengster dan pengedar dadah.
Menurut beliau, kerajaan negeri amat serius dalam menangani permasalahan itu agar kegiatan pengedaran dadah di negeri ini dapat terus dibendung daripada bermaharaja lela

Ini tidak bererti beliau tidak yakin pada usaha memeranginya tetapi usaha harus dibuat lebih bersungguh-sungguh termasuk menjadikan usaha memeranginya satu lagi KPI kalangan pegawai kerajaan.
Sebelum ini iaitu pada 16 Julai, beliau berkata dia sanggup menghadapi risiko politik termasuk kehilangan sokongan di kawasannya daripada membiarkan generasi muda di negeri ini terperangkap dalam penagihan dadah yang keterlaluan.
Katanya, apa yang lebih penting ialah usaha serius kerajaan negeri untuk menjadikan negeri ini sifar daripada kegiatan penyalahgunaan dadah meskipun ada pihak menyatakan amat sukar untuk melakukannya.
``Tidak apalah, saya lebih rela kalah dalam pilihan raya daripada saya membiarkan anak-anak kita terperangkap dalam penagihan dadah yang keterlaluan ini.
Langkah terbaru kerajaan memerangi masalah penyalahgunaan dadah diumumkannya dengan mewajibkan semua ketua-ketua kampung (JKKK) di negeri ini menghantar laporan setiap bulan kepada pihak polis mengenai kes-kes penyalahgunaan dadah yang dikawasan masing-masibng.
Bagi Menteri Besar ini merupakan syarat tambahan tugas dalam Penunjuk Prestasi Utama (KPI) JKKK yang telah diputuskan dalam mesyuarat Exco baru-baru ini.
Syarat tambahan ini perlu dipatuhi dalam usaha membantu pihak polis menangani kes-kes penyalahgunaan dadah yang berlaku di negeri Perak yang dianggap serius ketika ini.
`
`Kita bantu pasukan polis sebab usaha memerangani dadah ini bukan mudah ia memerlukan kerjasama semua pihak termasuk JKKK dan semua anggota masyarakat.’’ Katanya.
Beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri telah mengisytihar `perang’ terhadap dadah baru-baru ini dan usaha memerangi dadah ini memerlukan kerjasama semua pihak termasuk semua agensi kerajaan, ketua kampung dan anggota serta pemimpin masyarakat.
``Ini merupakan agenda yang perlu mereka laksanakan dan setiap masyarakat perlu berbincang melaporkan tentang masalah dadah di kawasan mereka dan dengan adanya rasa tanggungjawab ini saya percaya kita akan dapat menangani masalah penagihan ini hingga ke akar umbi.’’ katanya.
Menteri Besar sedih apabila melihat ramai golongan remaja terjebak ke dalam gejala dadah seperti menghidu gam sehingga merosakkan diri dan masa depan mereka.
Mengenai rancantgan menjadikan sifar dadah tahun depan? Kerajaan negeri setakat ini masih belum mendapat petunjuk yang jelas bahawa matlamat Perak bebas dadah menjelang tahun 2015 akan tercapai.
Katanya secara peribadi beliau sendiri belum diyakinkan samada matlamat itu mampu dicapai.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan berkompromi dalam usaha memerangi dadah di negeri ini.
"Berpandukan kriteria, penanda aras antara penawaran dan permintaan serta perangkaan jumlah penyalahgunaan, pengedaran dan rampasan dadah, kita belum mendapat petunjuk jelas bahawa matlamat negeri Perak bebas dadah menjelang tahun 2015 akan tercapai," katanya menjawab soalan Datuk Sham Mat Sahat (BN-Alor Pongsu) pada Sidang DUN Perak baru-baru ini.

Peringatan beliau:"Kegagalan kita membanteras gejala ini dengan berkesan akan membawa padah kepada masyarakat dan negara."-6/9/2014
No comments:
Post a Comment