Thursday, December 18, 2014

Dadah dalam banglo mewah - Sinar Harian

NOOR’AINON MOHAMED YUSOF

Perak perangi penyalahgunaan dadah habis-habisan - Agenda Daily

Sept 6, 2014


Masalah memerangi penyalahgunaan najis dadah di negeri Perak  adalah perkara terbaru yang mendapat perhatian serius Menteri Besar Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir sejak kebelakangan ini—ia selepas isu pencurian pasir secara bersendiket dan masalah denggi.
 
Ini tidak bererti masalah dadah –dianggap musuh nombor satu--serta penyalahgunaannya di negeri ini sebelum ini diletak sebagai perkara yang bertaraf kelas kedua.
 
Cuma cara menanganinya tidak dibuat secara “consolidated” yang membabitkan kerjasama kerajaan negeri. Kali ini kita menyaksikan penglibatan pihak negeri melalui arahan terbaru Menteri Besar.

Tidak boleh dinafikan Perak serius membenteras gejala ini apabila MB dalam sidang DUN 26 Ogos lalu mengistiharkan “perang” terhadap gejala dadah.
 
Beliau nyata bimbang gejala dadah sudah merebak hingga semua daerah termasuk ke kawasannya. "Ini memberikan kesan yang sangat serius termasuk juga di kawasan saya di kawasan Pulau Pangkor, kawasan Hilir Perak, Pantai Remis, Kuala Kuala Sepetang, kawasan Kuala Kurau dan Tanjung Piandang,"
 
Beliau kemudian terpanggil mengungkap: Kita menggesa semua agensi kerajaan negeri yang terbabit seperti AADK, PDRM, badan-badan beruniform, sukarela, pertubuhan agama dan seluruh anggota masyarakat supaya turut sama secara aktif dalam memerangi anti dadah.
 
''Dalam konteks ini peranan kerajaan, agensi terbabit, ibu bapa dan seluruh masyarakat adalah terkait sama supaya pendekatan inklusif dan holistik yang kita guna pakai mampu memberi kesan yang positif dalam memerangi gejala dadah ini,'' katanya.
 
Kerajaan negeri katanya mengambil pendirian yang amat serius dan tegas dalam menangani gejala anti dadah ini dan sebagai bukti kesungguhan ini satu jawatankuasa mencegah dadah negeri Perak telah dibentuk. Ia dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil, Datuk Shamsuddin Abu Hassan. Tugas jawatankuasa ini untuk membentaras gejala dadah hingga ke peringkat akar umbi.
 
''Saya berharap juga penubuhan jawatankuasa ini akan merentasi batas politik.'' katanya.
Sebelum ini masalah memerangi dadah ditangani sama ada oleh agensi AADK atau Agensi  Anti Dadah Kebangsaan ataupun satu lagi NGO iaitu Pemadam. Pihak polis seperti biasa terlibat.
 
PDRM melalui Bahagian Narkotiknya begitu aktif memerangi penyalahgunaan dadah khusus membabitkan pengedaran dadah dalam negara dan merentasi sempadan.
 
Untuk rekod peranan PDRM penting dengan dibantu kelengkapan logistic, kenderaan, “lock up”serta termasuk alat-alat komunkasi dan risikan. Kalau tidak masakan hampir setiap minggu media menyiarkan penangkapan pengedar serta merampas dadah-dadah yang mana nilainya ratusan juta ringgit.
 
Namun walaupun terdapat pelbagai agensi ada kelompongan sehingga masalah dadah terus menjadi masalah nombor satu negara. Baru-baru ini Menteri Dalam Negeri Dato Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan sedang mengkaji semula usaha memerangi penyalahgunaan dadah yang dianggapnya semakin membimbangkan.
 
Kerajaan katanya  merancang untuk merangka penubuhan agensi anti dadah pusat ala-ala Agensi Penguatkuasaan Dadah (DEA) Amerika  Syarikat.
 
Kita tak tahu negeri lain tapi di  Perak, usaha  kerajaan  digerakkan oleh Menteri Besar melalui sokongan dan dokongan jentera kerajaan. Dengan itu dapat dilihat usahanya di Perak diberi perspektif baru.
 
Telah beberapa kali sejak awal tahun ini Menteri Besar bercakap mengenai peri penting najis dadah dihapuskan sama sekali.  Beberapa bulan lalu isu dadah ditimbulkan begitu juga semasa  DUN Perak bersidang baru-baru ini.
 
Katanya kerajaan negeri  amat serius dalam menangani permasalahan itu agar kegiatan pengedaran dadah di negeri ini dapat terus dibendung daripada bermaharaja lela
Ketika mengulas lanjut, Menteri Besar secara pribadi kurang yakin masalah ini bakal menjadi sifar tahun depan. Dengan lain erti beliau tidak nampak masalah dadah boleh selesai 100% tahun 2015 (kempen sifar dadah peringkat kebangsaan tahun depan).

Lebih trajik kesungguhan usaha kerajaan negeri  memerangi najis dadah khusus melibatkan kalangan belia barangkali boleh menyebabkan tokoh atau kerajaan menjadi tidak popular.

Sebelum ini iaitu  pada 16 Julai, Dr.Zambry berkata  beliau sanggup menghadapi risiko politik termasuk kehilangan sokongan di kawasannya daripada membiarkan generasi muda di negeri ini terperangkap dalam penagihan dadah yang keterlaluan.

Lebih penting katanya  ialah usaha  serius kerajaan negeri untuk menjadikan negeri ini sifar daripada kegiatan penyalahgunaan dadah meskipun ada pihak menyatakan amat sukar untuk melakukannya.

``Tidak apalah, saya lebih rela kalah dalam pilihan raya daripada saya membiarkan anak-anak kita terperangkap dalam penagihan dadah yang keterlaluan ini.

``Mereka itu adalah anak-anak kita, adik-beradik kita, saudara kita dan anak negeri Perak yang perlu kita selamatkan demi masa depan mereka tanpa mengira siapa mereka, latar belakang mereka Melayu, Cina atau India,'' katanya.

Menjawab soalan ini lebih serius, Dr Zambry berkata tidak ada guna menjadi ahli politik dan mempunyai populariti sebagai seorang Menteri Besar, ahli Exco dan ADUN tetapi membiarkan masyarakat dan generasi muda terjerumus ke dalam jurang kebinasaan iaitu penagihan dadah.

Masalah dadah bukan hanya melibatkan penagihan tetapi ia juga  melibatkan satu industri yang terancang yang dilakukan  daripada kalangan di dalam pasaran gelap dan mereka yang digeruni orang iaitu gengster dan pengedar dadah.

Menurut beliau, kerajaan negeri  amat serius dalam menangani permasalahan itu agar kegiatan pengedaran dadah di negeri ini dapat terus dibendung daripada bermaharaja lela
Ini tidak bererti beliau tidak yakin pada usaha memeranginya tetapi usaha harus dibuat lebih bersungguh-sungguh termasuk menjadikan usaha memeranginya satu lagi KPI kalangan pegawai kerajaan.

Sebelum ini iaitu  pada 16 Julai, beliau berkata dia sanggup menghadapi risiko politik termasuk kehilangan sokongan di kawasannya daripada membiarkan generasi muda di negeri ini terperangkap dalam penagihan dadah yang keterlaluan.

Katanya, apa yang lebih penting  ialah usaha serius kerajaan negeri untuk menjadikan negeri ini sifar daripada kegiatan penyalahgunaan dadah meskipun ada pihak menyatakan amat sukar untuk melakukannya.

``Tidak apalah, saya lebih rela kalah dalam pilihan raya daripada saya membiarkan anak-anak kita terperangkap dalam penagihan dadah yang keterlaluan ini.

Langkah terbaru kerajaan memerangi masalah penyalahgunaan dadah diumumkannya  dengan  mewajibkan semua ketua-ketua kampung (JKKK) di negeri ini  menghantar laporan setiap bulan kepada pihak polis mengenai kes-kes penyalahgunaan dadah yang dikawasan masing-masibng.

Bagi Menteri Besar ini merupakan syarat tambahan tugas dalam Penunjuk Prestasi Utama (KPI) JKKK yang telah diputuskan dalam mesyuarat Exco baru-baru ini.

Syarat tambahan ini perlu dipatuhi dalam usaha membantu pihak polis menangani kes-kes penyalahgunaan dadah yang berlaku di negeri Perak yang dianggap serius ketika ini.
`
`Kita bantu pasukan polis sebab usaha memerangani dadah ini bukan mudah ia memerlukan  kerjasama semua pihak termasuk JKKK dan semua anggota masyarakat.’’ Katanya.

Beliau menegaskan  bahawa kerajaan negeri telah mengisytihar `perang’ terhadap dadah baru-baru ini  dan usaha memerangi dadah ini memerlukan kerjasama semua pihak termasuk semua agensi kerajaan, ketua kampung dan anggota serta pemimpin masyarakat.

``Ini merupakan agenda yang perlu mereka laksanakan dan setiap masyarakat perlu berbincang melaporkan tentang  masalah dadah di kawasan mereka dan dengan adanya rasa tanggungjawab ini saya percaya kita akan dapat menangani masalah penagihan ini hingga ke akar umbi.’’ katanya.

Menteri Besar sedih apabila melihat ramai golongan remaja terjebak ke dalam gejala dadah seperti menghidu gam sehingga merosakkan diri dan masa depan mereka.

 Mengenai rancantgan menjadikan sifar dadah tahun depan? Kerajaan negeri setakat ini masih belum mendapat petunjuk yang jelas bahawa matlamat Perak bebas dadah menjelang tahun 2015 akan tercapai.

 Katanya secara peribadi beliau sendiri belum diyakinkan samada matlamat itu mampu dicapai.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan berkompromi dalam usaha memerangi dadah di negeri ini.

"Berpandukan kriteria, penanda aras antara penawaran dan permintaan serta perangkaan jumlah penyalahgunaan, pengedaran dan rampasan dadah, kita belum mendapat petunjuk jelas bahawa matlamat negeri Perak bebas dadah menjelang tahun 2015 akan tercapai," katanya menjawab soalan Datuk Sham Mat Sahat (BN-Alor Pongsu) pada Sidang DUN Perak  baru-baru ini.
Peringatan beliau:"Kegagalan kita membanteras gejala ini dengan berkesan akan membawa padah kepada masyarakat dan negara."-6/9/2014

Perak Belum Pasti Bebas Dadah Menjelang 2015 - Perak News

26 Ogos 2014


Kerajaan negeri setakat ini masih belum mendapat petunjuk yang jelas bahawa matlamat Perak bebas dadah menjelang tahun 2015 akan tercapai.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, secara peribadi beliau sendiri belum diyakinkan samada matlamat itu mampu dicapai.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan berkompromi dalam usaha memerangi dadah di negeri ini.
"Berpandukan kriteria, penanda aras antara penawaran dan permintaan serta perangkaan jumlah penyalahgunaan, pengedaran dan rampasan dadah, kita belum mendapat petunujuk jelas bahawa matlamat negeri Perak bebas dadah menjelang tahun 2015 akan tercapai," katanya.
Dr Zambry menjawab soalan Datuk Sham Mat Sahat (BN-Alor Pongsu) pada Sidang DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Selasa.
Beliau berkata, gejala penyalahgunaan dadah bukan sahaja berkisar soal penawaran dan permintaan dan pencegahan, penguatkuasaan dan pemulihan, ia berangkai dan kompleks merentasi soal-soal ekonomi, pendidikan, nilai agama, akhlak, persekitaran dan sebagainya.
Dalam hubungan ini, kata Menteri Besar, peranan semua pihak termasuk agensi kerajaan seluruh masyarakat amat penting dalam memerangi gejala dadah secara lebih berkesan.
"Kegagalan kita membanteras gejala ini dengan berkesan akan membawa padah kepada masyarakat dan negara," ujarnya.
Untuk itu, kata belau, kerajaan negeri dengan kerjasama semua agensi kerajaan seperti PDRM dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengambil langkah mengadakan pelbagai program kesedaran dan pencegahan penyalahgunaan dadah.
Beliau juga memberitahu Dewan bahawa walaupun berlaku penurunan bagi bilangan orang kena pengawasan penagihan dadah bagi tahun 2013 iaitu seramai 7,145 orang (16.3 peratus), namun ia belum dianggap satu jaminan gejala ini akan berkurangan.
Menjawab soalan tambahan wakil rakyat yang sama, Dr Zambry mengakui salah satu masalah penagihan yang dihadapi pada hari ini tertumpu juga dikawasan-kawasan nelayan.
Katanya, selain daripada kawasan-kawasan Felda dan Felcra, masalah itu juga berlaku di kawasan nelayan, khususnya di kawasan pantai.
"Ini memberikan kesan yang sangat serius termasuk juga di kawasan saya di kawasan Pulau Pangkor, kawasan Hilir Perak, Pantai Remis, Kuala Kuala Sepetang, kawasan Kuala Kurau dan Tanjung Piandang," tambahnya.

Perak Rangka Pelan Strategik Lima Tahun Perangi Dadah - Perak News

Oct 1, 2014


Dalam usaha untuk memerangi dadah sehingga ke peringkat akar umbi, Perak merangka pelan strategik lima tahun, 2015 – 2020, dengan memberi tumpuan kepada enam strategi utama.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil, Datuk Samsudin Abu Hassan, enam strategi utama itu ialah pekerja bebas dadah, pelajar bebas dadah, keluarga bebas dadah, komuniti bebas dadah, pemutihan kawasan hotspot dan pembenterasan dadah di peringkat mukim.

Beliau yang juga Pengerusi Pemadam Negeri Perak berkata, pelan strategik itu akan diguna pakai bersama oleh semua agensi penguatkuasaan dan pencegahan seperti AADK, PDRM dan jabatan-jabatan lain yang berkaitan.
"Pelan ini akan dijadikan asas untuk kita bergerak dari setahun ke setahun, dari masa ke semasa, mengikut perancangan yang ditentukan dan akhirnya matlamat kita Perak bebas dadah menjelang 2020," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Peraknews selepas sesi taklimat Bengkel 'Brainstorming' Pelan Strategik Pemadam 2015 – 2020 di Hotel Kinta Riverfront di Ipoh pada Rabu.

Bengkel dua hari itu yang bermula hari ini mengumpulkan semua kumpulan komuniti yang boleh memberi pandangan dan idea yang boleh dijadikan asas pembentukan Pelan Tindakan Strategik 2015 – 2020.
Setiap kumpulan akan menyedia dan membentangkan hasil dapatan masing-masing di samping menyediakan Pelan Strategik Lima Tahun dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) masing-masing.
Samsudin berkata, pelan itu sangat penting supaya tidak menjejaskan misi menjadikan Perak Bebas Dadah, Negeri Perak Amanjaya seperti yang digariskan oleh kepimpinan negeri.
Sambil mengakui amanah yang diberikan itu sangat berat, beliau berkata, apa yang paling penting ialah kerjasama semua pihak, tanpa mengira fahaman politik dan kepercayaan agama.
Menurut beliau, bagi menjayakan lagi pelan strategik yang akan dibentuk itu, pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan bajet tambahan mulai tahun hadapan supaya soal kewangan tidak menjadi penghalang kepada usaha memerangi dadah sehingga ke peringkat akar umbi.
"Kita tidak mahu, dalam niat yang begitu besar, isytihar perangi dadah, tetapi kita tidak mempunyai mekanisma yang mantap, kita tidak mempunyai kerjasama yang baik dan kita tidak mempunyai hubungan yang baik dengan pelbagai pihak.
"Mudah-mudahan dalam bajet 2015 ini, kita dapat sedikit tambahan untuk kita laksanakan program-program, khusus di kawasan yang kita kenalpasti begitu serius, terutamanya kawasan pesisir pantai yang menjadi hotspot," tambah beliau.

Perak catat tangkapan tertinggi kes dadah - Malaysian Insider

June 2, 2014


Perak negeri tertinggi mencatatkan tangkapan pelbagai kesalahan berkaitan dadah dengan sejumlah 5,179 tangkapan bagi tempoh Januari hingga Mei, kata Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A Paramasivam.
Beliau berkata ia menunjukkan peningkatan sebanyak 1,136 tangkapan berbanding tempoh sama tahun lepas.
Daripada jumlah itu, katanya, seramai 836 merupakan pengedar yang telah dikenakan tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 bagi tempoh tersebut, berbanding 531 orang tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata demikian pada majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak, antara pemangku jawatan itu Superitenden Mohd Nasri Omar dengan ACP Yap Toon Khuan.
Yap yang sebelum ini menjawat jawatan sama di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang memulakan tugasannya hari ini bagi menggantikan Mohd Nasri.
Paramasivam berkata daripada 5,179 tangkapan itu, 4,267 penagih dikenakan tindakan mengikut ADB 1952 dan 76 orang dikenakan tindakan mengikut Langkah-langkah Pencegahan Khas.
Sementara itu, Yap ketika ditemui pemberita berkata dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini juga, polis merampas sejumlah 218,227 gram pelbagai jenis dadah dan 1,637 biji pelbagai jenis pil khayal.
Bagi harta benda pengedar dadah yang disita, Yap berkata sejumlah RM1.2 juta harta berjaya disita bagi tempoh itu.
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Perak akan terus meningkatkan operasi di pusat-pusat hiburan, tempat pengedaran dadah, hotel, rumah tumpangan serta pusat snooker di negeri ini, katanya. – Bernama, 2 Jun, 2014.

Enam strategi Perak untuk basmi dadah - Astro Awani

Oct 1, 2014

Selepas mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap dadah, Perak merangka pelan strategik 5 tahun bagi membenteras penyalahgunaan dadah sehingga ke peringkat akar umbi.



Sasar Perak bebas dadah terjejas - Utusan 17 Ogos 2014



Zambry Abd. Kadir (kanan) bersama semua ahli Dewan Undangan Negeri menghadiahkan al-Fatihah dan bertafakur atas kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, Perak, semalam. - UTUSAN/Zulkarnain Mohd. Saidin


IPOH 26 Ogos - Kerajaan negeri mengisytiharkan perang terhadap gejala dadah di negeri ini memandangkan tiada tanda aktiviti 'musuh' negara itu menunjukkan penurunan positif meskipun pelbagai langkah telah dilaksanakan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir turut menggesa semua pihak termasuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), pertubuhan-pertubuhan agama dan pertubuhan bukan kerajaan bergerak aktif memerangi gejala dadah.
Katanya, meskipun jumlah individu di bawah pengawasan penagihan dadah dari Januari hingga Julai tahun ini menunjukkan penurunan iaitu 5,981 orang berbanding 7,145 dalam tempoh sama tahun lalu, tetapi jumlah rampasan dadah sebanyak RM920,000 tidak memberi gambaran positif terhadap gejala berkenaan.
"Berikutan perkembangan ini, kerajaan negeri belum dapat petunjuk jelas berkaitan matlamat Perak bebas dadah 2015 akan dicapai. Tetapi kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap usaha membasmi gejala dadah.
"Kerajaan negeri serius dan tegas dalam usaha ini dan sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan sebagai langkah drastik membasmi kegiatan dadah di negeri ini. Jawatankuasa ini akan bertindak membanteras gejala dadah sehingga ke akar umbi dan diharapkan agenda ini merentasi batas politik," katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Zambry berkata demikian bagi menjawab soalan lisan daripada Datuk Sham Mat Sahat (BN-Alor Pongsu) yang mahu mengetahui mengenai gejala penagihan dadah di negeri ini yang dilihat semakin membimbangkan.
Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) berkaitan perkara serupa, Zambry memberitahu, kerajaan negeri mengamalkan sikap tegas terhadap sesiapa sahaja yang terlibat dengan gejala dadah termasuk aktiviti pengedarannya.
Katanya, tiada kompromi terhadap siapa terbabit termasuk dalam kalangan ahli keluarga, orang kanan dan sesiapa sahaja.
"Ini soal keadilan masyarakat. Kalau kita tidak tegas, masalah ini tidak akan habis.
"Apa akan terjadi kepada masyarakat sekiranya pihak yang diamanahkan melaksanakan penguatkuasaan melanggarnya," jelas beliau.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Utara/20140827/wu_01/Sasar-Perak-bebas-dadah-terjejas#ixzz3MGPUQ4Lg 
© Utusan Melayu (M) Bhd