Ke Arah Komuniti Bebas Dadah Negeri Perak Darul Ridzuan di bawah Gagasan Perak Amanjaya
Thursday, August 27, 2015
Kaji Semula Dasar Tangani Isu Jenayah Terutama Dadah - Lee Lam Thye
IPOH, 27 Ogos (Bernama) -- Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye meminta kerajaan mengkaji semula dasar berkaitan isu jenayah khususnya melibatkan dadah.
Menurutnya, dasar itu perlu ditranformasi bagi memastikan tahap kesesuaian dan keberkesanannya.
"Penyalahgunaan dadah merupakan penyumbang utama kepada perlakuan jenayah di negara kita. Seperti yang kita tahu dasar yang sedia ada tidak lagi berkesan.
"Kita perlu membangunkan satu Dasar Baru Dadah Negara serta strategi yang lebih berkesan bagi menangani musuh utama negara ini. Kunci utama dalam memerangi dadah juga terletak pada strategi pencegahan yang berkesan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Seminar Pencegahan Jenayah Bersama Masyarakat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) peringkat Negeri Perak, di sini, Khamis.
Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil negeri merangkap Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Perak, Datuk Samsudin Abu Hassan.
Sementara itu, Samsudin berkata pihak NGO merupakan suara ketiga terpenting dalam menangani isu jenayah melibatkan dadah.
"Sudah lebih tiga dekad dadah masih menjadi masalah utama negara kita. Tanggungjawab untuk menangani masalah jenayah ini bukan hanya kepada pihak berkuasa malahan ia tanggungjawab seluruh masyarakat.
"Saya mengalu-alukan semua yang hadir hari ini membantu kerajaan mengurangkan kadar jenayah," katanya.
Seminar sehari itu bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan serta persepsi rakyat terhadap kadar jenayah.
Seminar itu turut dihadiri 72 NGO yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), PEMADAM, MCPF dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
-- BERNAMA
Wednesday, June 17, 2015
PEMADAM's 5-Year Strategic Action Plan - Ipoh Echo
1 March 2015 by Vhyshnawi
In its fight against the evils of drugs abuse, PEMADAM (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia) Perak has drawn up a five-year strategic plan (2015-2020).
The plan was officially launched by Menteri Besar Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir at the Banquet Hall of the State Secretariat, Ipoh recently.
Present at the launch were Datuk Johari Baharom, President of PEMADAM Malaysia and Dato’ Samsuddin Abu Hassan, President of PEMADAM Perak.
Zambry once again reiterated that the drug menace should be taken seriously and handled with care.
Besides village heads, it is the duty and responsibility of everyone within the community, parents and neighbours notwithstanding, to play an active role in assisting the anti-drug agencies in combating the scourge.
“Drug abuse cannot be eliminated without the cooperation of all parties, including agencies such as the Police and the Customs as well as non-governmental organisations,” he said.
The implementation of the five-year strategic action plan, said Zambry, was at the right time as the state government had just declared an all-out war against drug abuse and use.
Tuesday, June 16, 2015
Program Membenteras Salahguna Dadah Perlu Bermula Di Sekolah - Perak News
16 Jun 2015
PEMADAM daerah dengan kerjasama Pendidikan Pencegahan Dadah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disaran melaksanakan program pembanterasan penyalahgunaan dadah bermula di peringkat sekolah.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, program itu akan mendidik murid terutamanya peringkat awal sebagai langkah pencegahan daripada terjebak dengan dadah itu.
Menurut beliau, statisik AADK 2014 menunjukkan lebih 2,269 atau 40 peratus daripada jumlah 5,454 kes penyalahgunaan dadah melibatkan mereka yang berada di bawah peringkat umur 30 tahun termasuk pelajar sekolah.
Beliau berkata, pengedar dadah melihat satu peluang untuk mensasar dan mempengaruhi pembeli muda melalui pelbagai kaedah termasuk media sosial seperti facebook , whatsapp kerana golongan muda ini amat mudah terpengaruh.
“PEMADAM Negeri Perak memandang berat dan serius mengenai perkara ini dan langkah pencegahan awal perlu dibuat bagi mengelak ia menjadi lebih serius,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Sehari bersama Pemadam dan One Stop Centre Laluan PPDa di SMK Tok Perdana, Sitiawan pada Selasa.
Menurut Samsudin, pelaksanaan program pembanterasan dadah juga memerlukan kerjasama semua pihak untuk mencapai sasaran Perak bebas dadah tahun 2020. Katanya, kayu pengukur kejayaan sesuatu program itu terletak kepada impak dan hasil program tersebut dan bukan berdasarkan bilangan program yang dilaksanakan.
“Untuk mencapai sasaran Perak Bebas Dadah 2020, bilangan Orang Kena Pengawasan (OKP) yang ada ujian urin disasarkan adalah pengurangan sebanyak 10 peratus setiap tahun bermula 2015.
“Manakala kes penangkapan penjenayah misti bertambah sebanyak 10 peratus dengan 50 peratus disabitkan di mahkamah setiap tahun,” ujarnya.
Justeru itu, beliau memberitahu kerajaan negeri melalui PEMADAM telah mengambil pelbagai tindakan dan peracangan untuk memastikan hasrat itu dapat direalisasikan.
Sementara itu, One Stop Centre Laluan PPDa yang diwujudkan di SMK Tok Perdana itu merupakan usaha berterusan kementerian dalam penyebaran maklumat dan meningkatkan kesedaran terhadap penyalahgunaan dadah di sekolah.
Samsudin berharap PEMADAM daerah lain akan mencontohi usaha itu dan mengerakkan semua ahli jawatankuasanya merancang dan melaksanakan program pelajar bebas tersebut dengan kadar segera.
Monday, April 20, 2015
Malaysia Bebas Dadah 2015 - Oleh Khir Khalid
6 Dis 2014
Malaysia Bebas Dadah 2015 – Baru-baru ini kebanyakkan aktivis sosial dan individu yang terlibat dalampencegahan dan pemulihan dadah mula memperkatakan tentang matlamat Malaysia Bebas Dadah 2015 yang diketengahkan satu masa dahulu. Ada sebahagian mengatakan ia hanya retorik dan tidak kurang juga yang mengemukakan penghujahan tentang perlaksanaan. Justeru, KK terpanggil untuk mengutarakan pendapat berdasarkan pandangan sendiri.
Malaysia Bebas Dadah 2015 – Baru-baru ini kebanyakkan aktivis sosial dan individu yang terlibat dalampencegahan dan pemulihan dadah mula memperkatakan tentang matlamat Malaysia Bebas Dadah 2015 yang diketengahkan satu masa dahulu. Ada sebahagian mengatakan ia hanya retorik dan tidak kurang juga yang mengemukakan penghujahan tentang perlaksanaan. Justeru, KK terpanggil untuk mengutarakan pendapat berdasarkan pandangan sendiri.
Matlamat Malaysia Bebas Dadah 2015
Cadangan Malaysia Bebas Dadah 2015 adalah satu persetujuan yang dicapai oleh semua pemimpin ASEAN yang dibentuk dengan strategi yang disepakati bersama. Namun secara jujur, KK berpendapat ia adalah matlamat yang amat sukar untuk dicapai. Apatah lagi penggunaan dadah hari ini bukan sekadar dari jenis tradisional seperti ganja, heroin, dan sebagainya malah lebih tertumpu kepada penggunaan dadah sintetik jenis ampethamine.
Walaupun KK bukan penagih atau bekas penagih dadah, namun berdasarkan pengalaman, ada sesuatu yang KK dapat rumuskan. Ada diantara mereka yang KK hormati kerana berjaya keluar dari dunia penagihan dan menjadi masyarakat yang berjaya… berkeluarga dan berkerjaya. Ia bukan sesuatu yang mudah jika tidak disertai dengan niat, sokongan dan bimbingan sewajarnya. Namun ramai yang masih terkapai-kapai jatuh dan bangun berulang kali… Majoriti besar membabitkan belia dan remaja Melayu Islam.
Mencegah Dan Merawat Dalam Konteks Malaysia Bebas Dadah
Masalah penagihan dadah bukan satu masalah baru. Berdasarkan statistik ia sudah menunjukkan angka serius sejak lebih 20 tahun yang lalu. Ini dibuktikan apabila KK sendiri pernah berbual dengan penagih dan bekas penagih yang mengakui menagih dadah selama lebih 30 tahun. Pernah juga berjumpa dengan penagih yang keluar masuk penjara lebih dari 11 kali disebabkan dadah.
Masalah berkaitan penyalahgunaan dadah tidak semudahnya diatasi apatah lagi dihapuskan. Begitu juga KK berpendapat matlamat Malaysia Bebas Dadah 2015 sukar dicapai. Walaupun penguatkuasaan dijalankan, ia sememangnya sukar kerana dunia secara keseluruhannya pun tidak pernah bebas daripada masalah dadah. Namun ia boleh dikurangkan hingga ketahap yang minimal dengan kesedaran sosial bermula dari institusi kekeluargaan, gaya hidup belia dan masyarakat seluruhnya.
Keperihatinan Masyarakat Terhadap Dadah Dalam Didikan Kekeluargaan
Melalui pemerhatian juga boleh KK katakan keseluruhan masyarakat negara ini kurang berminat memberikan penumpuan kepada permasalahan dadah untuk dijadikan didikan ‘parenting’ dalam kekeluargaan. Apa yang KK lihat, mereka yang memberi tumpuan dan pendedahan seperti itu kebiasaannya adalah golongan yang mempunyai saudara dan anak yang sudah terlibat dengan dadah. Ibarat kata pepatah… “sudah terhantuk baru tergadah”… wallahualam
Sebagai peringatan buat diri sendiri juga, keseluruhan masyarakat terutama ibu bapa sepatutnya lebih prihatin mencari informasi untuk ditanamkan dalam minda yang tersayang dengan kreativiti tersendiri untuk mereka jadikan perisai agar tidak terlibat dengan gejala penyalahgunaan dadah. Jadikan ia sebagai modul pembelajaran dalam keluarga bersama didikan agama dan sosio budaya yang lain. Ibu bapa adalah guru yang terbaik.
Malaysia Bebas Dadah 2015… cakap memang mudah… Mari kita lakukan bersama... mulakan dengan diri kita sendiri untuk mereka yang tersayang…
Sunday, April 19, 2015
Majlis Masyarakat Sivil mampu raih penglibatan masyarakat dan NGO serta pelajar membantu setiap PBT
9 Jun 2014 - Perak News
Kerajaan negeri Perak menjenamakan semula Majlis Masyarakat Sivil (MMS) di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini supaya bergerak selepas dengan hasrat gagasan Perak Amanjaya.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, mulai tahun ini aktiviti MMS akan memberi tumpuan kepada empat skop utama.
Beliau memberitahu, empat skop itu ialah berkaitan sosial dan keselamatan; ekonomi, perniagaan dan keusahawanan; pelancongan, kebudayaan dan sukan serta kesihatan, kebersihan dan alam sekitar.
"Kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Menteri Besar serius dalam hal ini kerana hanya Perak sahaja yang ada MMS.
"Kita mahu MMS di Perak menjadi contoh kepada negeri-negeri lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar MMS Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) PBT Perak di Casuarina @ Meru di Ipoh pada Isnin.
Hadir sama Timbalan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Meor Ismail Meor Akim dan Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Mohd Zakuan Zakaria.
Samsudin memberitahu, MMS akan memberi penekanan utama kepada empat kumpulan sasaran utama di dalam pelaksanaan setiap program mereka.
Menurut beliau, empat kumpulan sasaran itu ialah pelajar sekolah dan penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT); belia lepasan sekolah dan IPT; pengguna dan orang awam.
Beliau menjelaskan kerajaan mahu melihat penglibatan antara 200 hingga 300 pelajar sebagai sukarelawan yang akan mengambil bahagian di dalam aktiviti PBT.
"Jika dahulu kita lihat golongan pelajar seolah-olah terpinggir dalam program PBT dan hanya diserahkan kepada Jabatan Pendidikan sahaja tetapi mulai sekarang kita mahu libatkan pelajar sebagai sukarelawan," ujarnya.
Thursday, February 12, 2015
YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abd kadir mahu kepimpinan negeri serius perangi dadah - Perak News
11 Feb 2015
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mahu kepimpinan negeri serius dalam memerangi permasalahan dadah dengan mengatur gerak kerja yang lebih efektif bagi mencapai matlamat Perak bebas dari ancaman musuh nombor satu negara itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mahu kepimpinan negeri serius dalam memerangi permasalahan dadah dengan mengatur gerak kerja yang lebih efektif bagi mencapai matlamat Perak bebas dari ancaman musuh nombor satu negara itu.
Dr Zambry berkata, selaku penaung PEMADAM Negeri Perak, beliau tidak mahu sekadar hadir untuk mempengerusikan mesyuarat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dengan mendengar statistik berkaitan penangkapan penagih, tetapi mahu idea tentang bagaimana usaha serius dibuat bagi membanteras gejala dadah.
"Saya tidak datang untuk mempengerusikan mesyuarat ini hanya semata-mata kerana di dalam Perlembagaan AADK memerlukan Menteri Besar mempengerusikan mesyuarat.
"Tetapi saya hendak mendengar apa yang kita buat dan bagaimana hendak menyelesaikan masalah dadah ini," tegasnya semasa berucap melancarkan Pelan Tindakan Strategik Pemadam Negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Khamis.
Hadir sama Yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan, Datuk Johari Baharom dan Pengerusi PEMADAM Negeri Perak, Datuk Samsuddin Abu Hassan.
Menurut Dr Zambry, beliau telah berkali-kali menyebut bahawa ancaman dadah perlu ditangani secara serius dan bersepadu.
Katanya, selain ketua-ketua kampung, segenap lapisan masyarakat, anggota komuniti, ibubapa dan jiran tetangga perlu memainkan peranan secara aktif bagi membantu agensi-agensi berkenaan dalam membanteras ancaman dadah.
Beliau berkata, gejala dadah adalah sukar dihapuskan tanpa kerjasama semua pihak, baik dari pihak agensi seperti PDRM dan AADK mahupun badan bukan kerajaan (NGO).
Menurutnya, penumpuan haruslah diberikan kepada pencapaian sasaran berdasarkan penanda aras utama (KPI) yang telah dibangunkan.
Beliau amat berbangga kerana Perak menjadi negeri pertama yang mengambil insiatif mengemukakan cadangan komprehensif melalui Pelan Tindakan Strategik serta mendapat pengiktirafan oleh Pemadam Kebangsaan.
Katanya, penghasilan pelan tindakan strategik ini amat tepat pada masanya pada ketika kerajaan negeri telah mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap ancaman dadah.
YAB Menteri Besar Perak Dato Seri DiRaja Dr. Zambry Abd kadir sempurnakan Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Strategik PEMADAM Perak 2015 - 2020
Tanggal 11 Feb 2015 merupakan hari bersejarah buat PEMADAM Perak apabila YAB Menteri Besar Perak Dato Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir dengan rasminya melancarkan Pelan Tindakan Strategik PEMADAM Perak 2015 - 2020 di Dewan Bankuet, Banguan SUK, Ipoh, Perak sambil disakasikan lebih 1,300 orang penjawat awam dan orang ramai termasuk pelajar dan ahli NGO.
Dalam ucapan aluannya Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil (NGO) merangkap Pengerusi PEMADAM Perak, YB Dato' Samsudin Abu Hassan berkata, sebanyak 5,808 kes penyalahgunaan dadah telah direkodkan sepanjang bulan Januari hingga Ogos tahun lepas oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan Perak dan angka ini dilihat sebagai satu perkara yang amat membimbangkan.
Daripada jumlah itu sebanyak 42 peratus adalah golongan belia yang berumur 30 tahun dan ke bawah. Menurut beliau, angka itu melibatkan sebanyak 2435 kes dan ianya perlu ditangani segera, dengan memberikan tumpuan kepada mereka yang belum lagi terjebak dengan najis utama negara ini.
"Usaha bersepadu harus digembeling tanpa mengira pangkat, agama atau bangsa kerana asalkan kita merupakan salah seorang daripada ahli masyarakat, maka setiap daripada kita, bertanggungjawab untuk membanteras gejala dadah ini," katanya.
Turut hadir berucap dan menyaksikan sejarah majlis ini YB Dato' Wira Johari Bin Baharom, Yang DiPertua PEMADAM Kebangsaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















