Wednesday, December 28, 2016

Agency records 717 school students involved in drugs last year - Malaysiakini

1 Aug 2016



The National Anti-Drug Agency (AADK) recorded 717 school students nationwide for being involved in drugs last year, said Deputy Education Minister P Kamalanathan.
He said the total showed an increase compared to 2014 in which 622 students, aged between 13 and 18, were involved.
"Drug usage among students is still under control and those involved are closely monitored and given counselling.
"The ministry is now focusing on category 'C' schools which have disciplinary records, including high rate of truancy," he said.
He was speaking to reporters after attending the 2016 Syawal Celebration with excellent students organised by the Malaysia Narcotics Crime Eradication Organisation at the Police Training Centre in Kuala Lumpur today.
In this regard, Kamalanathan said the ministry was now awaiting the full report from AADK and police on the detention of two secondary school students believed to be involved in trafficking ganja around Bandar Sunway recently
"I understand the incident took place outside of the school compound. But I am disappointed as it involved young students with drugs.
The students were among 16 men, aged 16 and 29, who were picked up by Subang Jaya Narcotics CID in four separate raids last Tuesday and Thursday.
Also seized were 11,691 grammes of ganja valued at more than RM33,000.

Sunday, December 18, 2016

Dua Pembawa Dadah Warga Malaysia Ditahan Di Thailand - Suara Perak

19 Disember 2016



BANGKOK: Dua pembawa dadah warga Malaysia beranggapan mereka boleh mengangkut 'barang' dengan selamat dari Bangkok ke Hatyai tanpa dikesan, jika mereka melakukan urusan itu pada awal pagi.

Dua suspek yang berusia 44 dan 46 tahun itu menyangkakan melakukan aktiviti haram mereka pada awal pagi (11 Dis) adalah paling selamat kerana mereka percaya polis Thailand kepenatan selepas bertugas pada waktu yang panjang pada sebelah malam, sehubungan itu tidak akan memeriksa kenderaan mereka.

"Mereka percaya memulakan perjalanan pada awal pagi, akan memudahkan mereka tiba ke destinasi, Hatyai kerana pihak berkuasa yang bertugas di pusat pemeriksaan (di laluan itu) akan kepenatan selepas bekerja dalam tempoh yang lama.

"Tetapi mereka menggelabah selepas kereta mereka diberhentikan di pusat pemeriksaan di Chumpon kira-kira 8 pagi 11 Dis, selepas memandu berjam-jam dari Bangkok, hingga disedari pihak berkuasa," kata Pemangku Ketua Bahagian Pencegahan Narkotik Mej Jen Dusadee Choosankij kepada Bernama.

Selepas pemeriksaan lanjut ke atas kereta itu, pihak berkuasa menemukan 140 bar heroin seberat 52.4kg dan 41kg kristal methamphetamine yang bernilai jutaan dolar, yang disorok di bahagian belakang, petak pembesar suara kereta itu, katanya.

Kedua-dua warga Malaysia itu ditahan di Chumphon, selatan Thailand, iaitu beberapa jam sahaja untuk tiba ke destinasi mereka, Hatyai, kata Dusadee dan menambah suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya mereka akan didakwa dan jika didapati bersalah akan berdepan hukuman penjara seumur hidup.

Menurut Dusadee, kedua-dua suspek diarah membawa dadah itu kepada individu atau orang yang tidak dikenali di Hatyai, yang kemudian akan membawa bungkusan itu melepasi sempadan ke Pulau Pinang.

Beliau juga mendedahkan ketika ditahan, kedua-dua suspek masih lagi menerima panggilan telefon daripada anggota sindiket yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai dadah itu.

"Kami telah memeriksa nombor telefon mereka dan panggilan itu dibuat dari Pulau Pinang," katanya.

Dusadee berkata sebaik mengetahui suspek telah ditahan dan usaha mereka untuk membawa masuk dadah itu ke sempadan gagal, anggota sindiket telah menghantar gambar yang mengerikan kepada kedua-dua suspek."Mereka (anggota sindiket) menghantar gambar rakan suspek yang dipukul dan diseksa di Malaysia untuk menunjukkan kepada mereka inilah padahnya (dipukul) kerana gagal melaksanakan misi itu," katanya.

Beliau juga berkata dadah yang dirampas itu dibungkus dengan rapi dan kemungkinan besar ia akan dieksport semula ke sebuah negara ketiga selepas tiba di Pulau Pinang.

Pemutihan kawasan risiko perlu komitmen semua - Perak Today

18 Disember 2016



TAWAU – Pemutihan kawasan berisiko tinggi aktiviti penyalahgunaan dadah memerlukan komitmen semua pihak khususnya komuniti di peringkat akar umbi.
Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat berkata, terdapat 178 kawasan berisiko tinggi dengan gejala dadah di seluruh negara termasuk tujuh lokasi di negeri ini.
Katanya, antara kawasan yang dikenal pasti ialah Merotai, Tawau; Sandakan; Menggatal, Penampang dan Karamunsing di Kota Kinabalu; Keningau serta Beaufort.
“Kawasan-kawasan ini menjadi ‘hotspot’ di negeri ini kepada aktiviti penyeludupan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah yang juga menyumbang kepada isu keselamatan dan masalah penyakit sosial yang lain,” katanya.
Beliau yang juga Adun Tanjong Batu berkata demikian pada Program Kupi-Kupi di Dewan Mini Kg. Kuala Merotai dekat sini, hari ini.
Hamisa berharap semua pihak tidak melindungi pengedar dan penjual dadah sebaliknya tampil menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa.
Katanya, faktor permintaan dan bekalan dadah yang sukar ditangani secara total menjadi cabaran utama dan sukar untuk dibendung tanpa kaedah atau strategi yang komprehensif dan menyeluruh.
“Situasi semakin mencabar dan membimbangkan apabila permasalahan dadah kini dilihat boleh menjadi tahap epidemik yang mampu meruntuhkan sesebuah negara,” katanya.
Selain itu menurutnya, faktor kurang kesedaran dan sikap sambil lewa serta menganggap permasalahan dadah bukan masalah sejagat ditambah sikap tidak ambil peduli terhadap pengedar dan penagih dadah menyebabkan isu ini sukar dibanteras.
“Sikap dan pemikiran masyarakat yang tidak tepat ini perlu diberi anjakan paradigma dalam menilai dan bertingkah laku terhadap isu penyalahgunaan dan penagihan dadah agar masalah dadah dapat diperangi,” tambahnya.
Hamisa berkata, Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan perlu digerakkan dengan pelbagai pengisian dan melibatkan keseluruhan lapisan masyarakat agar impaknya lebih berkesan.