Thursday, January 15, 2015

Wujudkan Skuad Banteras Dadah di Setiap Kawasan:- Datuk Samsudin Abu Hassan

18 Julai 2014

Exco Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Civil (NGO), Datuk Samsudin Abu Hassan, mencadangkan agar satu Skuad Membanteras Dadah diwujudkan di setiap kawasan.
Katanya, atas keseriusan dan komitmen Menteri Besar Perak dalam soal menangani masalah Dadah maka satu pendekatan yang efektif perlu diwujudkan.
“Saya juga meminta kepada Pengerusi-pengerusi Persatuan Bekas Tentera cawangan-cawangan seluruh negeri Perak untuk mewujudkan skuad membanteras dadah di kawasan masing-masing.
“Ia boleh dianggotai antara 50 orang yang menjadi penyalur maklumat kepada pihak berkuasa.
Samsudin menambah, masalah penyalahgunaan dadah kini dilihat begitu serius di Perak.
Katanya, kerajaan akan sukar menangani masalah itu sekiranya maklumat berkaitan pengedar dan penagih dadah tidak disalurkan.
“Kita kena tahu siapa pengedarnya serta tanpa maklumat daripada rakyat maka sudah pasti bahawa usaha kita nak mengatasi masalah dadah dikalangan rakyat lebih sukar.
“Ia adalah lebih baik berbanding kita menghukum mereka sebagai penagih dan sebagainya.
“Jadi semua pihak memainkan peranan dan harapan saya supaya perpaduan dan keharmonian antara kita akan terus dipertingkatkan,” katanya.
Terdahulu beliau ditemui di Majlis Berbuka Puasa Sempena Penyampaian Peruntukan Perayaan dari Kerajaan Negeri dan Komputer dari KPerak kepada Persatuan Bekas Tentera.